Ahad, 11 Disember 2011

LATIHAN (7)

JAWAPAN


Bangun awal pagi – disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama – kasih sayang
Bersalam – menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan

Sabtu, 10 Disember 2011

LATIHAN (7)

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Jumaat, 9 Disember 2011

LATIHAN (6.3)

Contoh ulasan

  • Kita mestilah mempunyai kasih sayang terhadap jiran.
  • Kita juga hendaklah peka dan bijak menghargai masa.
  • Kita sepatutnya lebih prihatin tentang tanggungjawab kepada keluarga kita.
  • Kita sewajarnya mengamalkan budaya tolong-menolong semasa jiran.
  • Kita haruslah baik hati terhadap jiran kita.
  • Kita dikehendaki bertanggungjawab menjaga kebajikan jiran kita.
  • Kita mestilah bersikap pemurah terhadap jiran tetangga kita.

Khamis, 8 Disember 2011

LATIHAN (6.2)

Nilai murni yang didapati dalam petikan.

bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari.
  • kasih sayang

membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang.
  • menghargai masa

pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi.
  • prihatin

menghubungi jirannya untuk meminta bantuan
  • tolong-menolong

dengan senang hati menghulurkan bantuan
  • baik hati

berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran
  • bertanggungjawab

membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya
  • pemurah


Rabu, 7 Disember 2011

LATIHAN (6.1)

Isi-isi penting yang dapat dalam petikan.

Encik Halim dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Halim teringat bahawa pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Halim menghubungi jirannya untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Jirannya itu dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Halim berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati.
Sekembalinya dari bercuti di kampung, Encik Halim membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya itu pula mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Halim.

Selasa, 6 Disember 2011

LATIHAN (6)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting.

Encik Halim dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Halim teringat bahawa pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Halim menghubungi jirannya untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Jirannya itu dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Halim berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati.
Sekembalinya dari bercuti di kampung, Encik Halim membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya itu pula mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Halim.

Isnin, 5 Disember 2011

LATIHAN (5.3)

Contoh ulasan

  • Kita mestilah prihatin terhadap semua orang.
  • Kita juga hendaklah mempunyai rasa insaf terhadap orang susah.
  • Kita sepatutnya bersyukur atas rezeki yang diberi.
  • Kita sewajarnya bersikap pemurah kepada orang yang susah.
  • Kita haruslah berhemah tinggi terhadap masyarakat setempat.
  • Kita dikehendaki yakin kepada kekuasaannya.
  • Kita mestilah menunjukkan harga diri yang baik dan terpuji.

Ahad, 4 Disember 2011

LATIHAN (5.2)

Nilai murni yang didapati dalam petikan.



keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya.
  • prihatin/ikhlas

teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.
  • keinsafan

seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya.
  • bersyukur

amat lokek untuk menghulurkan bantuan
  • pemurah

amat menyesali akan segala perbuatannya
  • berhemah tinggi

berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh.
  • berkeyakinan

mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat
  • harga diri

Sabtu, 3 Disember 2011

LATIHAN (5.1)

Isi-isi penting yang terdapat dalam petikan.

Pak Ali sedang terlantar di atas katilnya sejak sebulan yang lalu setelah diserang angin ahmar. Hanya keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya. Masyarakat setempat tidak mahu berbuat demikian. Mereka seolah-olah memulau Pak Ali. Dalam pada itu, Pak Ali mula teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.

Pak Ali ialah seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya. Namun, dia langsung tidak memperdulikan masyarakat di sekitarnya. Dia juga amat lokek untuk menghulurkan bantuan dan derma kepada orang yang dalam kesusahan. Pak Ali sangat dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya. Kini, Pak Ali amat menyesali akan segala perbuatannya itu. Dia berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh. Dia juga berjanji akan mengubah segala sikap buruknya itu. Pak Ali mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat kepada agama. Dia juga bertekad akan memulangkan.

Jumaat, 2 Disember 2011

LATIHAN (5)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting.

Pak Ali sedang terlantar di atas katilnya sejak sebulan yang lalu setelah diserang angin ahmar. Hanya keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya. Masyarakat setempat tidak mahu berbuat demikian. Mereka seolah-olah memulau Pak Ali. Dalam pada itu, Pak Ali mula teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.

Pak Ali ialah seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya. Namun, dia langsung tidak memperdulikan masyarakat di sekitarnya. Dia juga amat lokek untuk menghulurkan bantuan dan derma kepada orang yang dalam kesusahan. Pak Ali sangat dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya.

Kini, Pak Ali amat menyesali akan segala perbuatannya itu. Dia berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh. Dia juga berjanji akan mengubah segala sikap buruknya itu. Pak Ali mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat kepada agama. Dia juga bertekad akan memulangkan.

Khamis, 1 Disember 2011

LATIHAN (4)

Pilih nilai murni yang sesuai.

1
Kita harus ______ ketika berada agar kemalangan dapat dielakkan.
A. berhati-hati
B. tindakan segera
C. rajin
2
Kita perlu mengambil ______ apabila berlaku kecemasan seperti meminta pertolongan orang dewasa.
A. berhati-hati
B. tindakan segera
C. rajin
3
Kita perlu ______ membantu ibu mengemaskan rumah.
A. berhati-hati
B. tindakan segera
C. rajin

Jawapan :
1. A
2. B
3. C

Rabu, 30 November 2011

LATIHAN (3)

Pilih nilai murni yang sesuai.

1
Kita perlu ______ dengan bersungguh-sungguh demi mencapai impian.
A. berusaha
B. sukan menabung
C. berdikari
2
Kita perlu ______ dan tidak menyusahkan kedua-dua ibu bapa dalam mengejar impian kita.
A. berusaha
B. sukan menabung
C. berdikari
3
Sikap ______ juga perlu ada pada setiap orang untuk menjamin masa depan kita.
A. berusaha
B. sukan menabung
C. berdikari


Jawapan :
1. A
2. C
3. B

Selasa, 29 November 2011

LATIHAN (2)

Pilih nilai murni yang sesuai.

1 Kita perlu mematuhi ______ seperti makan di kantin sekolah pada waktu rehat.
A. tertib dan beradab
B. peraturan sekolah
C. bijak memilih makanan
2 Kita perlu ______ yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk kesihatan.
A. tertib dan beradab
B. peraturan sekolah
C. bijak memilih makanan
3 Kita perlu makan dengan ______.
A. tertib dan beradab
B. peraturan sekolah
C. bijak memilih makanan


Jawapan :
1. B
2. C
3. A


Isnin, 28 November 2011

LATIHAN (1)

Pilih nilai murni yang sesuai.

1.
Kita perlu ______ dalam menguruskan wang seperti menyimpannya wang di bank.
A. berjimat cermat
B. berhati-hati
C. bersopan santun
2.
Kita perlu _________ alam sekitar seperti membuang sampah ke dalam tong sampah.
A. menjaga kebersihan
B. keberanian
C. berdikari

Jawapan :
1. A
2. A







Ahad, 27 November 2011

INGAT......

Untuk mendapat markah yang cemerlang
Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
   yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta
   imbuhan yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang 
     betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang 
     dibina.
7.  Kenalpasti penanda wacana.

Sabtu, 26 November 2011

NOTA TAMBAHAN

Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C, murid-murid ingatlah...

  • Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
  • Menggunakan ayat yang lengkap.
  • Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
  • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
  • Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
  • Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

Jumaat, 25 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 17 )

NILAI MURNI
Patriotisme
  • Menghormati pemimpin
  • Berusaha untuk memajukan negara
  • Semangat untuk kejayaan negara
  • Rela berkorban demi kemakmuran negara

Khamis, 24 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 16 )

NILAI MURNI
Semangat bermasyarakat
Bermuafakat
  • Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
Kejiranan
  • Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
  • Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

Rabu, 23 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 15 )

NILAI MURNI
Rasional
Membuat pertimbangan
  • Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

Selasa, 22 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 14 )

NILAI MURNI
Kesyukuran
Berterima kasih
  • Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

Isnin, 21 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 13 )

NILAI MURNI
Kesederhanaan
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
  • Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain
  • Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

Ahad, 20 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 12 )

NILAI MURNI
Kerjasama
Gotong-royong
  • Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
Toleransi
  • Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.
Perpaduan
  • Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.

Sabtu, 19 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 11 )

NILAI MURNI
Kerajinan
Daya usaha
  • Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
Dedikasi
  • Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

Jumaat, 18 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 10 )

NILAI MURNI
Kejujuran
Amanah
  • Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Bercakap benar
  • Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
Ikhlas
  • Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

Khamis, 17 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 9 )

NILAI MURNI
Kebersihan
Kebersihan diri
  • Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.
Kebersihan persekitaran
  • Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
Kebersihan mental
  • Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.

Rabu, 16 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 8 )

NILAI MURNI
Keberanian
Berani mencuba
  • Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
Berani kerana benar
  • Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

Selasa, 15 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 7 )

NILAI MURNI
Kebebasan
Kebebasan di sisi undang-undang
  • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.

Ahad, 13 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 6 )

NILAI MURNI
Keadilan
Adil
  • Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
Saksama
  • Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.

Sabtu, 12 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 5 )

NILAI MURNI
Kasih Sayang
Sayangkan diri sendiri dan orang lain
  • Menyayangi diri sendiri dan orang lain.
Sayang kepada alam sekitar
  • Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

Jumaat, 11 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 4 )

NILAI MURNI
Hemah Tinggi
Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga
  • Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.
Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin
  • Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.

Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara
  • Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
  • Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.

Patuh kepada undang-undang negara
  • Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.

Patuh kepada ketetapan masa
  • Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.

Khamis, 10 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 3 )

NILAI MURNI
Hemah Tinggi
Kesopanan
  • Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
Mengakui kesalahan diri
  • Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
Ramah mesra
  • Sedia bergaul mesra dengan semua orang.

Rabu, 9 November 2011

NOTA NILAI MURNI ( 2 )

NILAI MURNI
Berdikari
Berupaya bertindak sendiri
  • sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
Yakin pada diri sendiri
  • Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.

NOTA NILAI MURNI ( 1 )

NILAI MURNI
Baik Hati
Belas kasihan
  • Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
Bertimbang rasa
  • Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.

Murah hati
  • Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.
Saling memahami
  • Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.

Saling bermaafan
  • Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

Isnin, 7 November 2011

NOTA ( 7 )

Cara menulis
(contoh)
Kata kunci Nilai murni Penjelasan. Penanda wacana, Kata kunci Nilai murni Penjelasan. Penanda wacana, Kata kunci Nilai murni Penjelasan. Penanda wacana, Kata kunci Nilai murni Penjelasan.
Kita hendaklah menepati masa seperti Ahmad datang awal ke sekolah. Seterusnya......

Ahad, 6 November 2011

NOTA ( 6 )

Bahagian C (Nilai murni) --- 20 %
PENSKORAN
KRITERIA
CEMERLANG
( 17 – 20 )
1 – 3 KT
  • Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.
  • Penggunaan pelbagai kat & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan.
  • Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul.
BAIK
( 12 – 16 )
4 – 6 KT
  • Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.
  • Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.
  • Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN
( 6 – 13 )
7 – 9 KT
  • Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas.
  • Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.
  • Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan.
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM
( 1 – 5 )
> 10 KT
  • Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.
  • Pengunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan.
  • Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

NOTA ( 5 )

Pengingatan
Cara menjawab soalan
  • Baca dan fahami situasi.
  • Gariskan kata kunci dalam soalan.
  • Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.
  • Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
  • Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.

Sabtu, 5 November 2011

NOTA ( 4 )

Cara Menjawab Soalan
Nilai Murni
( Kertas 2 Penulisan )
1. Permulaan (Kata Kunci)

2. Nilai Murni

3. Penjelasan

4. Penanda Wacana

******* Ikut Langkah *******
1,2,3,4... (ayat pertama)

1,2,3,4... (ayat kedua)

1,2,3,4... (ayat ketiga)

1,2,3. (ayat keempat)

Khamis, 3 November 2011

NOTA ( 3 )

Jawapan Nilai Murni, 
Jangan Guna …...
  • Janganlah......
  • Kita tidak boleh......
  • Kita jangan......
  • Kita tidak patut......